KAMPUNG ENDAH - “Semakin lama, air berserta lumpur tadi terus meletus ke udara setinggi kira-kira 18 meter.”
Demikian cerita Sastero Mudagir, ketika menceritakan detik-detik cemas berikutan kawasan rumah dan sekitar kolamnya dipenuhi debu kesan daripada tindak balas gas dari lubang yang dikoreknya.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.40 Rabu lalu itu berlaku ketika dia sedang menggali lubang tanah untuk menanam batang paip untuk menyedut air tanah untuk kegunaan kolam ikannya di sini.
Menurutnya, kejadian susulan turut berlaku tiga hari berikutnya, namun ketinggian gas berserta lumpur, air dan juga pasir yang memancut agak rendah.
Sastero memberitahu sebelum kejadian, dia menggunakan mesin khas untuk menggerudi lubang tanah sedalam 27 meter, untuk menyedut air bagi menampung air kolam ikannya yang agak berkurangan. “Berikutan kejadian itu, dua daripada lapan kolam dikosongkan dan sebanyak 17,000 anak ikan keli juga terpaksa dipindahkan,” katanya ketika ditemui di Jalan Perdana 2, Indah Perdana, Kampung Endah, di sini, lewat petang kelmarin.
Sementara itu, seorang penduduk, Azman Abu Sari berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi isterinya. “Ketika itu saya sedang dalam satu majlis di kampung ini. Apabila mendapat panggilan saya terus pulang ke rumah untuk melihat kejadian yang berlaku di hadapan rumah saya,” katanya yang terus menghubungi bomba untuk memaklumkan perkara berkenaan.
Beliau yang juga Pegawai Operasi Bomba Sukarela Kampung Endah berkata pancutan gas berserta lumpur, pasir dan air agak tinggi dan perkara ini adalah kejadian alam dan harus menerimanya. Selain pasukan bomba, Jabatan Geologi turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk memantau keadaan dan difahamkan juga gas berkenaan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh kurang dari dua minggu.
Sementara itu, Sastero juga menasihati kepada orang ramai yang ingin melihat dari jarak dekat supaya tidak menyalakan api, terutamanya kepada mereka yang merokok. “Saya dimaklumkan oleh pihak jabatan berkenaan supaya tidak melakukan apa-apa dan sentiasa berhati-hati terhadap lubang berkenaan,” katanya.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, kejadian ini mungkin berkaitan dengan pembinaan jambatan 30 tahun lalu, di mana penduduk di sini digemparkan dengan penemuan gas yang keluar dari lubang tanah semasa pembinaan dijalankan dan tiada sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku ketika itu.
Petikan dari Sinar Harian 13.11.2008 (Khamis)
Friday, November 14, 2008
Gas Misteri Gemparkan Penternak Ikan
Monday, November 10, 2008
Pembekal Keli segar, Benih Keli, Pellet Keli
Kami merupakan pembekal keli segar Benih Keli, Pellet keli. Kami boleh membekal keli segar secara pukal dan dijamin bersih, makan pellet sepenuhnya, makan sayur sebagai tambahan. sesiapa pemborong dan pengilang yang ingin mendapat ikan keli yang segar dan pejal boleh hubungi saya : 017-6508777 (Sastero)
Subscribe to:
Posts (Atom)