Wednesday, November 19, 2008

JENIS - JENIS IKAN KELI

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
  • Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Kayu atau nama saintifiknya Clarias batracus adalah tergolong dalam ikan air tawar.
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Bunga atau nama saintifiknya Clarias macrocephalus adalah tergolong dalam ikan air tawar.
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Eksotika atau nama saintifiknya Clarias gariepinus adalah tergolong dalam ikan air tawar.
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Limbat (Clarias nieuhofi) merupakan sejenis ikan Keli liat yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.
    Ikan keli limbat dipercayai pupus sama sekali berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.
    Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

CIRI - CIRI KOLAM SIMEN

Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.
Pengawalan Patogen
  • Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.
  • Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
  • Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.
  • Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
  • Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
  • Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.
  • Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

KEBAIKAN IKAN KELI DENGAN OMEGA 3

  • Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.
  • Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.
  • Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.Apakah Asid Lemak Omega 3Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
  • 1) Asid O-Linolek (ALA)
  • 2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
  • 3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)
  • Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
  • 1) Tepu (saturated)
  • 2) Tidak Tepu (unsaturated)
  • Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia
  • Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
  • -Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
  • -Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
  • -Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
  • -Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
  • -Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
  • -Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
  • -Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
  • -Menggalakkan kecerdasan fikiran
  • Kelebihan Menternak Menggunakan Batu Simen
  • Kurang Berbau Hanyir
  • Ikan Cepat Membesar
  • Mampu Menternak 100 Ribu Ekor Dalam Satu Kolam
  • Menjimatkan Kos Pembinaan Kolam

Fakta Mengenai Ikan Keli

  • Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya.Sesungut mempunyai bisa boleh menyebabkan kematian.
  • Biasanya berat ikan 200 gram. Jenis-jenis ikan keli yang terdapat di Balik Pulau ialah ikan haruan, ploktan dan sembilang.
  • Cara menentukan jantina ikan keli dengan tentu saiz ikan keli ada diternak di Sg Burung Balik Pulau. Ikan keli mudah didapati di Balik Pulau kerana terdapat banyak paya dan sawah bendang.Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah. Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet.
  • Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat. Namun ikan keli terdapat banyak spesies.
  • Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
  • Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.
  • KENAPA KELI ORGANIK MENJADI PILIHAN
  • 1. Dijamin dari segi kebersihan dan halal
  • 2. Dikenali ramai dalam dan luar negeri
  • 3. Salah satu makanan yang memberikan lebihan protein “Omega-3” dalam kos yang berpatutan
  • 4. Memerlukan kawasan yang kecil tapi dapat menghasilkan kapasiti yang tinggi.
  • 5. Harga bekalan benih serta makanan ikan yang berpatut.
  • TERNAKAN IKAN KELI
  • Kini kami mempunyai 16 kolam yang boleh memuatkan kapasiti sebanyak 100,000 ekor ikan dalam satu masa. Kami merancang untuk mengeluarkan ikan keli segar untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat kerana terdapatnya permintaan yang tinggi.

Hubungi Kami

Kami Menawarkan Harga Yang Cukup Rendah
untuk pemborong Ikan Keli Segar di sekitar
Selangor , Kuala Lumpur & Negeri Sembilan,
Kami sedia menerima tempahan sehingga 1 tan sebulan.
1. Ikan Keli Segar (Makanan Pallet Sahaja dan Sayuran) dari
- RM4.50 Sekilo ( Harga Pemborong )
- RM 5.00 Sekilo Tanpa Siang
- RM 5.50 Sekilo Siap Siang

Sila hubungi : Sastero 017-6508777
Anda boleh juga e-mail kami di : cesastero@gmail.com