Thursday, January 15, 2009




Keli Induk
Keli induk boleh dipelihara didalam kolam dan boleh mencapai peringkat matang pada umur 8 bulan dan ke atas. Peringkat matang pada keli betina ialah berkebolehan untuk mengeluarkan telur bewarna perang pada kadar 50,000 ke 80,000 biji telur.

Wednesday, January 14, 2009

Kolam Ikan Keli




Projek Awalan

Projek awalan pembinaan kolam ikan keli,
Keluasan 8x20'x 2/1/2'. Setelah kolan dibina seperti yang termaktub dalam specification dia...rendam dengan batang pisang dan kulit nenas selama 10 hari. Dengan tujuan untuk menyahkan acid cement kat kolam tulah...kalau takde batang pisang...boleh guna Mozaic cleaner atau bahan peluntur. Dengan syarat jangan gunakan kapur semasa proses plaster kolam tu tadi.

Gunakan net hitam 70% tembus cahaya untuk mengelakkan kepanasan melampau pada kolam ikan yang boleh menyebabkan ikan akan mati pada kadar yang banyak.

Proses pengredan.
Bila keli dah berumur sebulan..boleh lah gredkan ikut size dia..pindahkan ke kolam lain pulak.





CARIGALI AIR BUMI




Hai..jumpa lagi...baru-baru ni i ada buat carigali..sebelah kolam je menggunakan mesin yang i design sendiri..Tp tulah elok-elok gali baru 90 kaki kedalaman ingat kan dah jumpa air yang i hajatkan... punyalah happy.... tapi yang keluar bukan setakat air je.... lumpur, batu, kayu dan etc... tapi yang paling best ... gas pun ikut kuar gak.... tinggi gak dia tembak ke atas... 90 kaki tinggi ada....punya lah kecut perut i dibuatnya. Dalam hati ada gak terlintas ..ni kalau kuar minyak ni....wahhhh kayaaaaaa iiiii...tak yah bela dan jual ikan lagi....jual minyak lah plak.... heboh 2-3 kampung...wartawan Sinar Harian, bomba , jabatan geology pun i jemput gak...walaupun i tak undang ( ntah sapa yang undang...), tp ok lah tu kan bleh promote skali kolam keli i ...

Tapi geologiest kata.. tu gas methane... dari proses pereputan pokok hutan zaman batu dulu tu...ok lah tu... paling tak pun gas tu boleh buat bahan bakar untuk goreng ikan keli jee...
Sekarang i kembangkan perniagaan i plak .....sapa-sapa nak cari air bumi kedalaman 100-150 kaki untuk air yang lebih jernih samada untuk ternakan ikan atau pertanian i boleh tolong galikan untuk u all....ada lah chargenya kan......