Sunday, April 21, 2013
Project Tanaman Pisang Berangan & Pisang Tanduk 2013-2014-2015 dan Alhamdulillah akan terus berkembang)
Assalamualaikum visitors, (Updated for 2015 season)
Tuaian seterusnya..NOW ONWARDS...!!
Project Pisang Tanduk pelbagai fasa telah bermula musim penuaian pada Nov 2014 sehinggalah sekarang onwards...benih sulur pisang tanduk akan ada selepas proses penuaian selesai....
Sesiapa yg berminat untuk buah pisang tanduk ke...benihnya ke, daun nya ke atau batang nya sekali pun boleh contact i....
Untuk rujukan visitors sila baca artikel berkenaan pisang tanduk diblog ini pada tahun-tahun sebelumnya (musim 2011-2013), bagaimana tanaman ini memberi pulangan yg amat lumayan jika mengusahakannya. Artikel termasuk cara penanaman dan pengiraan anggaran keuntungan berkaitan pisang tanduk pada kadar harga semasa. Selamat membaca.
Harga terkini untuk benih pisang tanduk sulur RM1.20/pokok..almaklumlah kan benih tisu kultur pun dah RM2-2.30/pokok tambah lagi kenaikan harga bagi baja tahi ayam, baja Nitro, racun rumpai dan segalanya tentang pertanian jadi terpaksalah i pun naikkan harga hasil pertanian ni juga kalau tak makan nasik bungkus lah plak....harap pelanggan2 sume sedia maklum....
Harga untuk pisang tanduk 2015= RM3.70/kg Harga untuk pisang berangan 2015= RM2.70/kg
**Bergantung kepada harga semasa juga.
______________________________________________________________________
2014-2015 Projeck Pisang Tanduk dan Pisang Berangan
Pisang tanduk segar dari ladang |
Pisang tanduk pada usia 5 bulan pada 21 January 2015 |
Pisang tanduk segar dari ladang. |
Anak Benih Pisang Tanduk |
Anak Benih Pisang Berangan |
Nissan Navara is working! |
8 ekar pisang tanduk usia 4 bulan pada December 2014 |
My NISSAN NAVARA angkut 5000 pokok benih pisang (almost 2 tons) ke kawasan baru.
REALLY MOTHER TRUCKER!!
|
Pisang Tanduk
________________________________________________________________________
20113-2014 Projek Pisang Tanduk
Pojek labu emas atau labu manis kod 767 Taiwan
Assalamualaikum visitors,
Last project i tanam labu manis atau labu emas kod 767 benih Taiwan seluas 4 ekar sementara nak tunggu benih pisang tanduk. Masa yg diambil start dari benih bercambah sehingga menuai lebih kurang 85 hari.
Penjagaan yg rapi dan agak rumit untuk menjaga benih tidak di rosakkan oleh serangga perosak serta tikus selepas mengeluarkan buah adalah cabaran yg getir, lebih2 lg project bermula sama dgn bermulanya bulan puasa....haha...getir.... pastikan baja yg secukupnya dan pendebungaan sebanyak mungkin di lakukan untuk menghasil kan buah yg banyak. Berat labu antara 1-2 kg sebijik dan sebanyak 30 tan buah labu dari 4 ekar keluasan tanah telah berjaya dihasilkan.
Harga? 30000kg x rm1.20=...........ble lah utk 85 hari harvest.....
Tuaian pertama.
Tuaian kedua.
Subscribe to:
Posts (Atom)