Saturday, November 19, 2011

Pisang tanduk

Jumpa lagi visitors...

Ok..projek i masa ni adalah tanaman pisang tanduk....sikit info for you all..pisang tanduk ni akan mengambil masa 8-9 bulan untuk berbuah..penyediaan tapak adalah penting untuk tanaman supaya hasilnya nnt tidak mengecewaka.
Tanah perlu digemburkan dahulu dan klu ble buat batas untuk memudahkan pengairan.Kalau banjir atau air tak surut dlm masa 3 hari pisang tanduk akan bewarna kuning hence bantut hence tak de hasil lah kan....
Pas tu buatlah lubang untuk benih pada jarak 5-6 kaki sepokok...mmglah rapat tapi kapasiti ble byk..
pas tu letaklah sedikit racun anai2 e.g Furadan dalam lubang tu td.
Untuk mengelakkan pisang terkena penyakit e.g MOCCO or layu Panama tu tadi rendam benih ngan Benex dan Cyper 46 selama 5 minit pas tu ble la tanam pd kedalaman 1'.
Jangan guna baja urea sbb hasil pisang nnt tak canti..gunakan baja Nitro 15-15-15 untuk tumbesaran pokok 2 bln sekali. Pas tu baru baja buah..suare u akan dapat purata setandan pisang 10-15 kg da rasa pisang yg enak.....

Ok..rasa dah panjang crita tu...sapa2 yg nak benih pisang ke ..kerepek pisang ke..pisang mentah ke...daun pisang ke...even batang pisang pun ble jual utk makanan ternakan....ble contact i...jgn takut harga mmg ble runding..tapi mesti cah lah kan...
Cuba u fikir klu credit payment...i kena tunggu 9 bulan untuk dptkan hasil pisang tu..pas dah jual u nak kredit lg...abis tu...masa bila i nak nampak duit nya tuuuuuu.....kesianlah sikit kat i ni kan...sbb i beli baja, racun upah kerja pun bukannya credit tau...so...lu pikir lah sendiri kan...

Oklah visitors..harap u all enjoy baca celoteh i ni...gud luck pada sapa yg nak mencuba....
Ok next projek...Tembikai merah ...

Wednesday, November 9, 2011

Benih Pisang Tanduk


Kami turut menjual dan membekal Benih Pisang Tanduk untuk mereka yang memerlukan . Benih yang berkualiti tentunya keluaran dari ladang kami.

1 pokok : RM 1.20 / pokok

Setiap penghantaran akan dikenakan cas penghantaran mengikut kawasan. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut :-
Pelanggan Budiman janngan risau ten tang pulangannya. Modal sepokok sehingga berbuah hanya RM3 (maintenance ,baja, racun, buang daun etc) tapi setandan average 8kgxRM3=RM24....-RM3 tinggal RM21...Muai tak?

Sastero @ 013 - 3317 262


Sebenarnya, projek tanaman pisang tanduk ni memang ble membantu petani kalau caranya betul...ni musim tuaian yg pertama dari ladang i ni...sebanyak 14 ekar dengan tanaman pisang tanduk berjumlah 16000 pokok semuanya...
Hasilnya alhamdulillah cukup memuaskan....
Biar i kongsi sikit ngan u all....16000 pkk x rm3.50x say...8kg/tandan=......heheh...ok lah tolak ngan say 10% untuk e.g yang tumbang, jantan, kurang baja..etc..etc...rasanya ada lg balance tu...

Nak selamat buatlah projek hiliran tu...jadikan makanan kering spt kerepek...so sebelum pisang tu masak kat pokok and u all blm ada buyer utk pisang mentah...at least kerepek tu la penyelamat u..coz date of expired dia lamakn depends pada packing la...tu blum jual benih lagi tu..say..16000 rumpunx5 anak benihx50 sen sepokok = so?.....start counting lah...

Kalau ada middle man yg nak amik pisang u tu biarlah pada harga yg berpatutan..jgn lah mcm lintah darat plak...

Ok lain kali kita sembang...
LEPAS NI I NAK BUAT PROJEK TEMBIKAI MERAH 10 EKAR PLAK...HARAP BERJAYA...

Kerepek Pisang Tanduk ( Bundle )


Kami turut menjual kerepek pisang tanduk secara bundle ... Belian secara bundle khas untuk mereka yang ingin membeli secara borong ataupun untuk repacking dan boleh packing mengikut label syarikat sendiri.

1 Bundle : 5 kilo
Harga : RM ......00 / bundle

Setiap penghantaran akan dikenakan cas penghantaran mengikut kawasan. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya untuk keterangan lanjut :-

Sastero @ 013 - 3317 262

Kerepek Pisang Tanduk


Kami turut menjual Kerepek Pisang Tanduk dengan harga yang sangat berpatutan ... Kerepek pisang kami ni tentunya sangat rangup dan segar . Dimasak secara tradisional. Kerepek pisang tanduk kami boleh di dapati dengan dua (2) perasa iaitu Kerepek Pisang Masin & Kerepek Pisang Pedas.

Harga Sekilo - RM 28.00 /kilo ( Masin )
- RM 30.00 / kilo ( Pedas )

Setiap penghantaran akan dikenakan cas penghantaran. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut :

Sastero @ 013 - 3317 262/cesastero@gmail.com

Pisang Tanduk Mentah



Pisang Tanduk yang segar dari ladang tentunya keluaran daripada ladang kami ... Kami bersedia menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak khas untuk mereka yang berniaga kerepek pisang , pisang goreng dan sebagainya .

Harga sekilo : RM 2.00 / kilo sahaja

Setiap penghantaran akan dikenakan cas penghantaran. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut :

Sastero @ 013 - 3317262

Beza Ikan Keli Yang HALAL & Yang HARAM


Ramai penggemar Ikan Keli yang tidak tahu sama ada Ikan Keli tersebut di beri makan daripada sumber yang Halal atau yang Haram. PERHATIAN kepada semua penggemar Ikan Keli :

- Pastikan dahulu Ikan Keli yang dibeli adalah daripada sumber yang halal (biasanya ikan keli akan diberi makan pallet dan sayur-sayuran)

- Masyarakat selalu beranggapan bahawa semua jenis ikan sama ada dari laut mahupun sungai adalah Halal. Tetapi harus diingat bahawa sumber makanan itu adakah Halal atau Haram ?

- Fikirkanlah! Renungkanlah dan ambillah tindakan yang sewajarnya


Beza Diantara Ikan Keli Yg Diberi Makan Drpd Sumber Halal atau Haram

Ikan Keli Drpd Sumber Halal
1- Kepala ikan berbentuk 'U'
2- Bentuk badan berbentuk tirus
3- Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4- Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5- Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6- Semasa menggoreng tidak meletup!

Ikan Keli Drpd Sumber Haram
1- Kepala ikan berbentuk 'V'
2- Bentuk badan mirip topedo
3- Badan berwarna hitam kilat
4- Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5- Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6- Apabila digoreng akan meletup-letup kerana banyak lemak